Kepada yang membaca entry ini, kami doakan moga saudara/saudari sentiasa mendapat limpahan kasih sayang dan perlindungan Allah swt.
Kali ini (seperti yang dijanjikan entry lepas), kami akan perkenalkan beberapa produk hasil dari dapur kuali Mama Crunchy sendiri. Kesemua hasil produek kami adalah air tangan emak-emak tau! :)
Berikut adalah produk-produk Mama Crunchy:
REMPEYEK KACANG TANAH
Bahan-bahan: Tepung beras, tepung gandum, jintan putih, jintan manis, ketumbar, udang kering, ikan bilis, kacang tanah, telur, santan, garam, kapur makan.
Nilai dan keistimewaan:
- Kurang berminyak
-Tidak terlalu masin
-Kacangnya tidak terlalu sedikit, tidak terlalu banyak
-Ikan bilis yang dibersihkan isi perut hitamnya
- Ikan bilis bersaiz besar (jika kecil, kami letak 2 belah ikan)
- Tidak terlalu tebal dan rangup di makan.
-dimasak menggunakan bahan yang segar (contohnya santan)
POPIA SIMPUL SERUNDING IKAN
Bahan-bahan: Serunding ikan, kulit popia.
Nilai dan keistimewaan:
-serunding dimasak menggunakan ikan dan santan yang segar
-rasa serunding ikan yang tidak terlalu pedas
- isi serunding yang padat disimpul
-kurang berminyak
KUIH ROS
Bahan-bahan: Tepung beras, telur, santan, gula, garam, kapur makan.
Nilai dan keistimewaan:
- nipis dan rangup
-kurang manis
-dimasak menggunakan bahan yang segar (contohnya santan)
Nak tahu nutrisi untuk setiap produk?
InsyaAllah kami dalam proses berurusan dengan pihak MARDI untuk mendapatkan tentang maklumat tentang makanan Mama Crunchy.
Doakan semoga semuanya berjalan lancar ya...
Ameen!
Terima kasih kerana membaca. LIKE page FB Mama Crunchy di sini ok.
UNTUK TEMPAHAN, SILA SMS/WhatsApp:
0162207891 atau 0123416971
No comments:
Post a Comment